Cerpen: Katil Bernombor 27

article-2024041-05deb907000005dc-119_468x296

Suasana hospital kekal sama seperti hari hari yang lalu. Kedua-dua mataku rasa berat mendukung malam yang sudah pun lenyap. cahaya yang tidak begitu cerah menyusur melalui tingkap yang sudah lama tidak dicuci itu.

“dik, pukul berapa sekarang?”

Dia merenung  balik kearah aku. Rasa pelik cara dia melihat aku.

“dik! Aku  tanya kamu pukul berapa?”

Jururawat yang berumur dalam 30 itu sibuk dengan aktiviti rutinnya. Dia terus membersihkan bekas bekas kencing pesakit lain. Mata saya mula mencari jam di dinding. Aku terpaksa turun dari katil untuk bertanya kepada sesiapa yang berkeliaran di wad tersebut.

Tiada seorang pun di sebelah aku. Satu kaki semakin runtuh dari katil. Rasa kelaparan menyelubungi diriku. Mataku masih merenung katil di sebelah kiri yang dipenuhi dengan pelawat. Pesakit tersebut sebaya aku dan anak-anak pesakit itu akan datang seminggu sekali untuk melawatnya.
Hati ini ingin berbual dengan anak –anaknya tetapi diriku terasa malu dan membatukan diri di katil nombor 27.

download

 “pakcik dah makan ke?”

Satu suara menuju kearah aku. Suara seperti pernah didengar sebelumnya. Aku melebarkan senyuman setelah melihat seorang jururawat mendekati aku. Aku tidak mengenalinya, tetapi suaranya dapat meredakan kesunyian yang  ku alami. Sudah pastinya dia adalah jururawat yang ingin membantu aku.

“pakcik nak makan apa apa ke? Kenape macam tak selesa?” Soalan ini diajukan oleh jururawat dengan nada yang tenang pada aku.

“takde nak. Malam tak tidur lena. Hati tak senang…”

“pakcik jangan risau. Jangan fikir yang bukan bukan. Anak pakcik ada menelefon aku semalam dan beliau akan datang pada hujung minggu ini,”

Walaupun aku tahu jururawat ini berbohong, tapi kata-katanya dapat mengubati hati yang pilu ini.

 “dik! Pukul berapa sekarang?” dia terus beredar sebelum soalan aku sampai kepadanya.

Aku melihat di luar Matahari yang tidak selesa di pagi hari, membuatkan aku terasa bahang panasnya. Aku mendiamkan diri dan memejamkan mata.

patient-sitting-on-edge-of-hospital-bed
Di hospital inilah aku ditempatkan selepas mengalami kemalangan di Bukit Jalil, sekaligus merasai kesunyian dan keseorangan.
Aku tidak mengenali insan yang membawa aku ke hospital, sejurus selepas kemalangan yang menimpa aku. Apabila membuka mata diri aku berada di katil nombor 27. Hari berlalu dengan pantas, tetapi hati yang terluka, masih tidak berubat.

 
Seorang jururawat, yang matanya besar, badannya besar serta mukanya garang sedang mengedarkan makanan kepada semua pesakit. Namaya Cik Rosnah, Aku sempat membaca namanya diselitkan di bajunya. Dengan gaya jururawat yang garang itu, semua pesakit takut bercakap dengannya. Apabila dia sampai ke katil aku, hatiku mula berdenyut dengan kuat.

 
“Ah pakcik! Jangan jangan rugikan makanan, tau?” suaranya mengejutkan aku. Aku mengangkukkan kepala.

Setelah habis makan mata aku mula merenung pintu masuk wad tersebut. Ramai orang sedang masuk dan keluar. Inilah rutin pesakit pesakit disini serta aku. Mata-mata yang terpaku terhadap pintu atau tingkap. apa lagi yang boleh buat?

Tiba – tiba jururawat yang garang itu jalan menuju ke katil aku, mataku serta merta melihat pinggan makan yang hanya tinggal sisa makanan.

“pakcik!” suaranya mengetarkan hati aku.

“pakcik! Saya tengok tadi pakcik asyik bertanyakan masa pada setiap orang, Takpelah pakcik simpan jam kecil ini. Semalam aku beli untuk pakcik,”

Dia meletakkan satu jam kecil di meja sana . Sejurus jam kecil itu diberikan pada aku, jururawat itu beredar dari tempat aku, sambil menengking pesakit lain yang silap menendang bekas kencing. Jam menunjukkan  masa. Saya menoleh kearah tingkap. Pagi berkelihatan begitu cerah….

  • K.Balamurugan, Kedah.